Baca! Baca! Baca!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Dr. Adenan Ayob, dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, kerana banyak membantu kami dalam melaksanakan tugasan ini.

Thursday, May 16, 2013

Teori Membaca


Teori Bottom Up

Brown (2001) menyatakan bahawa pada proses bottom up adalah membaca terlebih dahulu dan mengetahui berbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata, kata-kata, frasa, petunjuk gramatis dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan yang masuk akal, koheren dan bermakna.

Teori ini merujuk bahan bacaan dengan cara dari bawah ke atas.

Untuk memahami bacaan pada teori ini, pembaca memerlukan keterampilan yang berhubungan dengan lambang bahasa yang digunakan dalam teks.

Berikut adalah Prinsip Teori Membaca Bottom Up :



Berikut pula adalah visual Teori Bottom Up :


Teori Top Down

Teori ini dimulakan dengan membaca dari awal hingga akhir bahan bacaan tersebut, seperti membaca dari pengenalan, isi, dan kesimpulan. 

Teori ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara menyeluruh daripada permulaan hingga akhir bacaan tersebut. 

Berikut adalah Prinsip Teori Proses Membaca secara Top Down :


dan berikut pula adalah Model Teori Top Down :
Teori Interaktif

Merupakan kombinasi antara pemahaman model Top Down dan model Bottom Up. 

Pada teori interaktif ini, pembaca menggunakan pendekatan top down untuk mencari makna, kemudian beralih ke pendekatan bottom up untuk menguji makna tersebut benar-benar dikatakan oleh penulis. 

Menurut pandangan interaktif, membaca dimulakan dengan formulasi tentang hipotesis tentang makna, kemudian dilanjutkan dengan menghuraikan makna huruf, kata, dan kalimat dalam bacaan. 

Model interaktif ialah model membaca yang menggunakan secara serentak antara pengetahuan informasi grafik dan informasi yang ada dalam fikiran pembaca. 

Proses membaca secara interaktif juga merupakan mekanisme membaca yang menggunakan interaksi dalam pembacaan, berkomunikasi, menyampaikan dan menerima mesej bacaan di dalam bahan bacaan yang dibaca. 

Proses pembacaan ini lebih kepada mendapatkan maklumat daripada bahan rujukan yang sedang dibaca dengan menggunakan kawalan secara interaktif.

Berikut adalah Model Teori Interaktif :