Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Dr. Adenan Ayob, dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, kerana banyak membantu kami dalam melaksanakan tugasan ini.

Monday, May 13, 2013

Apakah Maksud Membaca?

Pelajar sangat sinonim dengan nilai membaca, sama ada membaca buku yang berbentuk fiksyen ataupun tidak fiksyen. namun begitu, tidak semua pelajar mengetahui tentang maksud membaca itu sendiri. 

Dalam Gambar Rajah berikut, kami ada memberikan sedikit maklumat mengenai definisi-definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh ilmuan mengenai pandangan mereka tentang maksud "Membaca". 




Oleh hal yang demikian, dapatlah disimpulkan disini bahawa membaca ialah proses penyampaian maklumat daripada pihak yang menghantar maklumat iaitu penulis kepada pihak yang menerima maklumat tersebut iaitu pembaca melalui simbol atau lambang (tulisan) yang ditulis di atas sesuatu permukaan (kertas) 


# Membaca ialah suatu permainan teka-teki psikolinguistik. 
Anda belum membaca selagi anda tidak memahaminya #

Sumber diperoleh daripada Prof. Dr. Mahzan Arshad 


No comments: