Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Dr. Adenan Ayob, dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, kerana banyak membantu kami dalam melaksanakan tugasan ini.

Wednesday, May 8, 2013

Teknik Membaca

Gambar diperoleh daripada : https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQQyD1z2POMSix3BKyggz-O8k1kZ-hSrm1tOWki4tA8Rj9VQrZdWw
Semua perkara yang kita lakukan memerlukan teknik atau kemahiran. Teknik bermaksud cara atau kaedah mencipta sesuatu manakala kemahiran merujuk kepada kecekapan atau kepandaian dalam melakukan sesuatu menurut Kamus Dewan. 

Misalnya kita bermain bola. Orang yang mempunyai kemahiran atau teknik bermain yang tinggi selalu terpilih untuk mewakili kolej, universiti atau bermain untuk negara. Ini membuktikan teknik mempengaruhi pencapaian atau hasil. Demikian juga dalam hal pembelajaran. Belajar memerlukan teknik atau kemahiran yang tertentu. Teknik membaca untuk belajar menentukan tahap pencapaian seseorang individu atau pelajar. 

Teknik yang betul mampu melahirkan pelajar yang cemerlang manakala teknik yang kurang betul melahirkan pelajar yang sebaliknya. Kajian jenis bacaan adalah satu percubaan untuk mendapatkan dan menyusun bahan dari teks dalam apa-apa cara untuk meningkatkan pemikiran serta percubaan kemudian untuk mengkaji dan mengekalkannya.

Oleh itu, pelajar perlu mempunyai akses kepada strategi yang akan membina pemikiran mereka kerana mereka menumpukan perhatian mereka kepada aspek teks dan guru-guru perlu sedar akan srategi yang digunakan dan fungsinya, guru-guru perlu memastikan kaedah pembelajaran yang digunakan tidak terpesong (Jackson dan Cunningham, 1994). 

Antara teknik yang paling penting atau terperinci yang kita perlu tahu dalam proses pembelajaran ialah teknik tinjauan, PORPE, mencatat nota, PLEA dan bengkel internet. 

Teknik Mencatat Nota
Gambar diperoleh daripada : http://www.rahsiafarmasi.com/wp-content/uploads/2011/03/Stick-Notes2.jpg
Teknik Mencatat Nota Nota merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua perkara yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota merupakan satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran.

 Bentuk yang menarik di sini merujuk kepada daya kreativiti seseorang dalam menulis nota. Kekretivitian iti boleh wujud dalam bentuk peta minda, carta dan grafik. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar. Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

 Terdapat beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota. Pelajar perlu membuat persediaan yang lengkap, misalnya pen,pensil,kertas dan buku. Kemudian tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat dan kenalpasti kata kunci.

 Penggunaan formula [4 w + h] merupakan teknik yang berkesan dalam mencatat nota.
 Antara isi kandungan formula tersebut ialah :


Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan. Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai. Antara ciri nota yang terbaik adalah seperti berikut : 

(a) Terdiri daripada isi-isi penting (utama), 
(b) Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca, 
(c) Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran,
(d) Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri, 
(e) Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang, 
(f) Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca. 


Teknik Skimming dan Scanning
Istilah skimming dan scanning dimaksudkan sebagai pemerhatian dan imbasan. Teknik ini bukanlah satu teknik yang baru yang diamalkan dalam teknik membaca. Teknik ini dikatakan sesuai untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti rencana dalam akhbar, jurnal, cerpen dan majalah. Kita kebiasaannya akan memberikan tumpuan kepada idea utama dalam sesuatu petikan atau bahan bacaan. Kita lupa untuk memberi perhatian kepada kepada isi sampingan yang menjadi inti kepada idea utama. 

Teknik skimming dan scanning menyarankan pembacaan yang khusus dan imbasan terhadap bahan yang dibaca. Ini bermaksud selepas kita membaca sesuatu bahan kita perlu mengimbasnya kembali dengan mencari bahan-bahan bacaan lain yang berkaitan dengan apa yang kita baca untuk mengembangkan lagi pengetahuan kita mengenai isu yang dibaca. 

 Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh hal yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. 

Teknik skimmning lebih terperinci kepada pemerhatian, di mana sesuatu bahan bacaan itu diperhatikan dari segi susunan ayat dan isu yang disampaikan. Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari. 
Teknik Tinjauan 
Gambar diperoleh daripada : https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSJPmrHkrm1dDKfGyiPLH7dMktv68-MTSM-h74S9ZF6cyoi5tGpVQ
Teknik tinjauan merupakan salah satu teknik yang direka sebagai spinoff kepada kaedah kajian SQ3R. Teknik tinjauan membolehkan guru dan pelajar yang menuntutnya untuk melalui atau mendalami bahan bacaan secara bersama.

Hal ini demikian kerana melalui teknik peninjauan ini guru dan pelajar mungkin memiliki pandangan yang berbeza dalam bahan yang dibaca maka dengan pembacaan yang serentak pelbagai idea boleh dilahirkan. Teknik ini paling berguna kepada pelajar-pelajar yang mungkin mencari bahan yang sukar untuk dibaca atau diolah.

Teknik ini juga memberi peluang kepada seseorang guru untuk menunjukkan model pelajar yang bertingkah laku baik dalam proses pembelajaran. Teknik tinjauan perlu melalui beberapa proses tertentu. 

Teknik KWLH 
Teknik ini merupakan singkatan bagi perkataan K ( Know ), W ( Want ), L ( Learned ), H ( How ).

Gambar diperoleh daripada : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOIylVyny7APjU_ePnqHkXNN6-tVbv6LjS73IXvm7xz73DnO8YwTnK82vw3eVGb2h3OMs6_rOjrog2CPhNHjLPY9MSw2m58GVYH2_zsRJaveGL1zGke7pbCWpC_c5fEg3aEQLTY37dzQ/s320/reading.jpg
 Teknik ini mempunyai susunan yang sistematik dalam proses membaca. Daripada maksud-maksud yang diberikan kepada setiap perkataan yang diatas, bolehlah difahami bahawa kita perlu mengingati dahulu apa yang telah kita ketahui sebelum membaca sesuatu bahan, kemudian mengimbas kembali dengan menentukan apa yang ingin diketahui dengan melakukan pembacaan terhadap bahan yang telah dipilih untuk membaca seperti rencana.

Setelah melakukan pembacaan kita perlu ketahui apa yang telah kita peroleh dari pembacaan yang baru dilakukan, kita perlu menentukan apa yang harus diperoleh lagi untuk memperlengkapkan pembacaan kita. Misalnya kita boleh mendapatkan maklumat tambahan mengenai apa yang kita baca menerusi internet atau sumber bacaan yang lain. 
Teknik pembacaan ini akan membolehkan pelajar mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pengalaman yang baru.

Untuk pemahaman yang lebih terperinci mengenai bahan bacaan pelajar boleh membina peta minda, rajah atau jadual dengan memisahkan keempat-empat elemen yang dinyatakan tadi iaitu K(Know), W(Want), L(Learned), dan H(How). 


Gambar diperoleh daripada : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfUnSQ48ky8A3yBMXQ699FHGgDXwHUHwiH5TGEdPRfNE4xEDM8skfIjlEPx_eZQk3lDOeGijuOcUbHVJMyZhGIOiACr69shfxmvGXmScRgu7r-y9awwRDS4fU5fkTCoA9sw3VTnfTcVHHV/s1600/Halangan+Menanam+Cita-Cita+Dalam+Diri.jpg
# Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya #
 kata hikmat tersebut diperoleh daripada : http://tazkirah.wordpress.com/mutiara-kata/

No comments: